Latar belakang Desa_KEDA_Bukit_Kura

Jalan KEDA Bukit Kura

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Bukit Kura merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah  Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1989. Pada tahun 1990, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 104 buah rumah dan memberi manfaat kepada 520 orang penduduk di Daerah Padang Terap.

Kolam Memancing Desa KEDA Bukit Kura